Saturday 23 March 2013

KANSER PAYUDARA: CATATAN SETAHUN… SIAPALAH AKU UNTUK MENOLAK TAKDIR-NYA…


SEMUA PENULIS AKAN MATI, HANYA KARYANYA YANG AKAN TERUS ABADI. MAKA TULISLAH SESUATU YANG DAPAT MEMBAHAGIAKAN DIRIMU DI AKHIRAT NANTI.

[Ali bin Abi Talib]





Dengan lafaz bismillahirahmanirahim sebagai pembuka bicara. Syukur yang tidak terkata kerana diberi-NYA kekuatan kepada hamba-MU yang kerdil ini untuk mencoretkan kisah duka yang tersimpan dalam lipatan sejarah hidupku di tahun 2012. Ingin ku khabarkan kepada pembaca yang sudi singgah menatap kisahku ini bahawa segala yang ku coretkan ini adalah kisah benar , ambillah ia sebagai iktibar dan panduan  sekiranya bersesuaian dengan diri anda. Seperti diriku pada awal didiagnoskan sebagai pesakit kanser payudara, aku seperti hilang arah dan tercari-cari informasi dan kisah-kisah perjalanan hidup yang ditempuh oleh pesakit kanser payudara….pastinya orang telah melaluinya sendiri lebih merasa keperitannnya.
          Biarlah aku kenalkan diriku sebagai Sarimayang. Aku hanyalah wanita biasa, berkerja,berkahwin dan mempunyai 3 orang cahayamata berusia 7 tahun,11 tahun dan 15 tahun. Pada suatu masa dahulu aku pernah terlibat dalam penjagaan dan perawatan untuk pesakit kanser , tidak terfikir langsung bahawa  aku juga akan mengalami penyakit yang amat digeruni ini. Walaupun begitu rupanya masih banyak perkara yang aku tidak tahu hinggalah aku sendiri disahkan mengidap kanser payudara tahap 2.

          Sebelum ini aku adalah seorang yang sihat dan aktif. Jarang mendapat sakit sekalipun batuk atau selsema. Hanya pada pertengahan tahun 2011 aku dapat merasakan satu bonjolan tanpa sakit di bawah puting payudara kananku dan kadangkala kulit sekitar bonjolan terasa gatal.Walhal aku melakukan" pemeriksaan sendiri payudara" pada setiap bulan seperti yang disarankan kepada setiap wanita ,entah bila ianya hadir dan membesar aku tidak pasti tahu-tahunya telah sebesar bola pingpong. Suamiku juga dapat merasakan bonjolan tersebut dan menyarankan supaya aku menjalani pemeriksaan dengan segera.

          Langkah pertama yang aku lakukan ialah membuat temujanji dengan doktor di klinik payudara. Pada hari yang ditetapkan doktor telah melakukan pemeriksaan dan dari reaksi beliau aku dapat rasakan sesuatu.

Doktor menyarankan agar "trucut biopsy" dilakukan bertujuan untuk mengambil sedikit cebisan di ketulan payudara untuk mengatahui samada terdapat sel kanser atau tidak dan sample tersebut perlu dihantar ke makmal swasta untuk mendapatkan keputusan segera...

          Antara berani dan takut aku akur. Aku juga telah diaturkan untuk melakukan mammogram berserta ultrasound pada minggu berikutnya. Lebih kurang 2 minggu aku diberi temujanji lagi untuk melihat keputusan biopsy…..dan betapa gembiranya aku melihat keputusannya tertulis "there is no malignancy, the feature on this biopsy are compatible with fibrocystic disease".

Namun begitu doktor yang merawatku tidak berpuashati dengan keputusan mammogram dan ultrasoundku. Keputusan mammogramku

tertulis "BIRAD 4"….iaitu sangat-sangat suspicious ke arah kanser.

Doktor menerangkan melaluinya pengalamannya , keputusan biopsy kadangkala tidak tepat. Adakalanya sample yang diambil tidak terkena di bahagian yang terdapat sel kanser sebab itulah keputusannya normal.

Dengan berpandukan kepada keputusan mammogram dan ultrasoundku yang meragukan itu, doktor telah menyarankan agar pembedahan membuang ketulan dilakukan segera dan ketulan itu nantinya akan dihantar ke makmal untuk ujian HPE yang lebih tepat.

          Pada saat itu hatiku berbelah bagi kerana pembedahan tersebut perlu dilakukan dibawah bius sepenuhnya yang memerlukan aku masuk wad sekurang-kurangnya seminggu. Walau hati penuh bimbang aku terpaksa meminta penangguhan untuk dibedah kerana aku perlu menamatkan kursus yang sedang aku ikuti yang hanya tinggal beberapa minggu lagi.

          Pada 27/01/2012 , pembedahan membuang ketulan yang dikenali sebagai "Wide local incision" berjalan lancar sepertimana yang dirancang. Syukur kepada Allah SWT sepanjang pembedahan dan selepasnya aku tidak mengalami sebarang masalah atau komplikasi malah aku langsung tidak merasa sakit.

          Pada 16/02/2012, menjadi titik permulaan di mana keputusan sample HPE yang dihantar menunjukkan positif kanser payudara tahap 2.

Sukar hendak aku gambarkan perasaanku ketika itu…betapa sedihnya aku. Di usiaku 38 tahun aku telah mendapat penyakit kronik pembunuh no 1 wanita di dunia. Allahuakhbar subhanallah.

          Aku tidak mampu berkata-kata hanya air mata menjadi saksi kesedihanku.Di wajah suami yang menemaniku juga terpancar kesedihan yang tak terperi.  Apa yang terbayang dalam fikiran di saat itu hanyalah saat kematian yang semakin hampir. Doktor di hadapanku cuba menenangkan…katanya jangan susah hati setiap penyakit ada ubat dan rawatannya. Beliau meminta aku bersabar…jangan susah hati sampai tak makan pesannya. Aku hanya mampu tersenyum dalam tangisan.
          Kesedihanku tidak berhenti di sini…..seharian aku menangis mengenang nasib diri . Aku belum bersedia untuk meninggalkan orang-orang yang aku sayangi dan bekalan untukku "pergi" juga belum mencukupi…aku takut dan amat takut. Menangislah aku sepuas-puasnya.

Di peringkat penafian ini macam-macam persoalan yang hadir dalam fikiran. Mengapa harus aku yang kena penyakit ini, kenapa tidak orang lain. Apa dosa yang telah aku lakukan hingga mendapat balasan sedemikian dan macam-macam lagi hingga ada ketikanya menyalahkan takdir…Astagafurllahulazim…Ya Allah ampunkan aku.

Minggu berikutnya aku diarahkan untuk menjalani satu lagi pembedahan iaitu "axillary clearance" iaitu pembedahan untuk membersihkan saki baki kanser yang mungkin telah merebak ke kelenjar ketiak tanpa pembuangan sepenuhnya payudara.

Sebelum ini hanya keluarga sebelah suami sahaja yang mengetahui apa yang berlaku ke atasku tapi kali ini aku dan suami terpaksa memaklumkan kepada adik-beradikku yang lain supaya apa-apa kemungkinan yang berlaku di kemudian hari mereka lebih bersedia. Ternyata mereka amat terkejut, sedih dan tidak percaya. Kepada rakan-rakan dan jiran tetangga aku ingin merahsiakannya..hati ini begitu tertutup.Jika boleh aku tidak mahu orang lain tahu penyakitku ini.

Ada di kalangan rakan dan ahli keluarga yang mencadangkan supaya aku menjalani rawatan alternative seperti berubat secara tradisional tetapi aku dan suami telah memilih untuk menjalani rawatan sepenuhnya di hospital kerajaan di samping berdoa dan bertawakal. Ini bermakna rawatan yang akan aku jalani ialah satu lagi pembedahan, kimoterapi sebanyak 6 pusingan , radioterapi sebanyak 15 kali dan terapi hormon. Aku pasrah dan redha, siapalah aku untuk menolak takdir-NYA. Secara beransur-ansur aku menerima takdir dan ketentuan tuhan di mana DIA sedang menguji hambanya yang kerdil ini. Semoga usaha ke arah kesembuhan ini diberkati walaupun aku tahu ramai yang telah gugur sebelum perjuangan mereka berakhir.

Sehari sebelum pembedahan aku telah diarahkan masuk ke wad untuk persediaan. Doktor pakar telah datang menemuiku dan menerangkan proses-proses rawatan pembedahan yang akan aku jalani. Pakar telah memberikan aku 2 pilihan iaitu pertama pembedahan "Axillary clearance" sahaja seperti awal dirancang atau yang kedua pembuangan sepenuhnya payudara berserta axillary clearance ( total mastectomy and axillary clearance atau MAC). Setelah berfikir dan berbincang dengan suami aku memilih pembedahan MAC kerana ia lebih banyak mendatangkan kebaikan dan memudahkan proses rawatan seterusnya kelak.

Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar. Berakhirlah khidmat yang diberikan oleh payudara kananku  pada tanggal 20/02/2012. Aku keluar  dari dewan bedah dengan hanya satu payudara berserta 2 botol kecil tergantung di tempat pembedahan payudara kananku yang bertujuan menyalirkan keluar saki baki darah dan airan kesan pembedahan.

 Syukur Alhamdulillah seperti pembedahan sebelumnya selepas pembedahan aku tidak merasa sakit malah tidak memerlukan sebarang "pain killer". Mungkin pada zahirnya aku kelihatan seperti seorang yang kuat dan tabah, tapi hakikatnya aku sangat lara….sebagai seorang wanita aku sudah tidak sempurna lagi.

Di sini ingin aku nyatakan sekiranya anda pembaca ingin melawat rakan, kenalan atau saudara-mara yang mengidap kanser, anda haruslah menjaga tutur kata agar tidak menyinggung perasaan mereka kerana di kala ini perasaan kami sangat-sangat sensitive dan mudah tersentuh…cukuplah sekadar anda mengambarkan riak wajah bersimpati dan mendoakan mereka agar cepat sembuh. Itu sudah memadai dan pastinya kunjungan anda itu lebih bermakna . Bukan semua yang datang melawat meniupkan kata-kata semangat malah ada yang semakin melemahkan hingga mendatangkan rasa putus asa kepadaku. Antara soalan-soalan "killer" yang jangan sekali-kali anda tanya diantaranya ; 1) Sihat? (sebab anda sendiri tahu dia sakit). 2) Kanser tahap berapa?( kanser tetap kanser tak kiralah tahap berapa). 3) Macam mana awak boleh kena kanser? (Itu semua Tuhan  punya kuasa) 4) Macamana penerimaan suami awak? (ini hal peribadi, anda tak perlu nak menyebuk ).5)Kesiannya awak (tak perlulah anda cakap di depannya).6)Anak-anak awak masih kecil(seolah-olah dia tak berpeluang langsung  lihat anaknya dewasa).         
 
          Tiga minggu selepas pembedahan aku diminta menjalani ujian CT SCAN TAP (torak,abdomen,pelvis) untuk mengesan penularan ke bahagian-bahagian tersebut dan aku menarik nafas lega…alhamdulillah.

          Rawatan seterusnya adalah kimoterapi. Sebelum itu aku telah diberi penerangan oleh Pakar Onkologi berkenaan rawatan ini. Aku akan diberi kombinasi kimoterapi TAC ( taxotere, adriamycin, cyclophosphamide) sebanyak 6 pusingan, selang antara 1 pusingan ke pusingan seterusnya selama 21 hari iaitu 3 minggu. Ubat TAC ini agak kuat kesan sampingannya jika dibandingkan kombinasi kimoterapi FAC (5-fluorouracil, adriamycin, cyclophosphamide). Seperkara lagi lagi haidku juga akan terhenti…dalam ertikata lain aku akan menaupouse dalan usia 38 tahun…Doktor kata jika menaupouse adalah lebih baik kerana kanser payudara berkait rapat dengan hormone. Jika hormon masih dikeluarkan dengan banyak ia akan merangsang sel-sel kanser menjadi lebih aktif.Aku tiada pilihan lain…

          Rawatan kimoterapi juga dijalankan secara "day care" iaitu boleh balik selepas habis kemasukkan ubat pada hari yang sama. Sehari sebelum setiap kimoterapi dimulakan, darah akan diambil untuk melihat haemoglobin dan melihat fungsi buah pinggang.
 
Rawatan kimoterapi tidaklah menyakitkan kerana ia cuma kemasukkan ubatan melalui salur darah intravena..cuma cucukan jarum yang kerapkali adakalanya rasa berbisa. Akan tetapi kesan sampingan kimoterapi itu yang amat menyiksakanku…
 
Aku mengalami loya dan muntah yang amat teruk…hingga aku kehilangan tenaga dan menjadi lemah. Aku juga tidak dapat menelan sebarang makanan dan minuman hampir 10 hari lamanya….untuk menyuap sesudu bubur cairpun aku tak mampu. Mulut dan tekak terasa panas dan perit, perut pedih kerana kosong, badan panas dan ada kalanya seram sejuk tak keruan rasa. Muntah yang berterusan hingga jus gastric yang masam dan pahit sahaja yang keluar dan ada kalanya berwarna coklet kehitaman.. mungkin darah...mungkin perutku telah luka.... Pada saat itu aku rasa seperti di awang-awangan…mungkin sudah tiada hari esok buatku.. nafasku boleh terhenti pada bila-bila masa sahaja. Keadaanku amat teruk sekali. Setiap kali lepas muntah aku menjadi letih lesu, jantung berdegup kencang seperti hendak tercabut rasanya. Aku juga tidak dapat melelapkan mata samaada siang atau malam. Ubat tahan muntah ada dibekalkan tetapi tidak banyak membantu. Keinginan untuk muntah datang berulang-ulang setiap 15 hingga 20 minit sekali. Badan, muntah, air kencing dan najis semuanya berbau ubat kimo…ini menambahkan loya di tekakku. Aku juga sering mengalami demam, badan mengiggil, seram sejuk , bengkak gusi dan sembelit.  Aku seperti bangkai bernyawa .  Aku tidak berdaya…aku pasrah dan redha jika begini penghujung jalan hidupku. Semasa rawatan kimo juga aku berkurung di dalam bilik sekurang-kurangnya 3 hari..hanya suami sahaja yang aku benarkan masuk. Tandas dan bekas makanan yang aku gunakan juga berasingan kerana semestinya ubat kimo dalam badanku itu bertoksik.                                                                                                       Namun Tuhan maha berkuasa, selepas 10 hari melalui saat-saat getir aku diberi kekuatan,selera makan kembali dan badan merasa agak selesa. Pada masa ini aku " makan untuk hidup"….aku juga tidak terlalu berpantang ketika ini supaya aku sihat dan paras haemoglobin mencukupi untuk meneruskan kimoterapi pada 3 minggu berikutnya dan alhamdulillah sepanjang rawatan kimoterapiku tidak pernah ditunda disebabkan msalah kesihatan. Beginilah seterusnya keadaanku hingga kimo yang ke 4. Setelah itu untuk kimo yang ke 5 dan ke 6 doktor Onkologi telah menukarkan ubat kimoterapiku daripada TAC kepada FAC kerana kesan sampingan ubat TAC terlalu berat  yang boleh mengancam nyawaku.

          Di minggu ke 3 kimoterapi yang pertama rambutku mula mengering dan gugur beransur-ansur. Setiap kali menyikat rambut segenggam rambutku tercabut hingga akhirnya aku menjadi botak. Alangkah sedihnya hatiku disaat itu melihat rambutku bertaburan di merata-rata tempat. Bahkan semua bulu termasuklah bulu roma, kening , alis mata,bulu hidung dan bulu dalam telinga juga tercabut dan gugur dengan sendirinya. Banyak yang dipinjamkan oleh-NYA telah diambil-NYA kembali.                                                                                                                                                                                                  
Di sinilah kemuncaknya tekanan dan konflik dalam diriku, aku merasa diriku sudah tidak sempurna lagi. Aku pengidap kanser , payudaraku tinggal sebelah, aku telah menapouse, kepalaku botak, kulit dan kukuku menjadi gelap kehitaman dan wajahku berubah disebabkan ketiadaan kening dan alis mata. 
          Aku berada dalam keadaan murung  dan stress hingga pernah satu ketika aku tidak dapat mengawal emosi hingga aku menampar mukaku sendiri. Mujurlah suami sentiasa di sisiku dan menyabarkanku. Aku amat berterima kasih atas sokongannya. Sebagai penghargaanku, aku bisikkan kepadanya sekiranya dia ingin mencari penggantiku aku izinkan. Akupun tahu fitrah manusia bergelar lelaki yang baru memasuki era 40-an sepertinya dan aku sedar diri ini sudah tidak dapat memenuhi tanggungjawab zahir dan batin sebaiknya. Padaku ini hanya sedikit pengorbananku padanya jika dibandingkan dengan pengorbanannya menjagaku ketika aku terlantar. Dia berhak hidup bahagia dan aku.. biarlah masa dan takdir yang menentukannya. Aku takkan bersedih lagi.

          Masa terus berlalu bersama-sama derita yang ku tanggung akibat kesan kimoterapi. Selepas menjalani kimoterapi yang ke 5 aku telah di beri temujanji untuk perancangan atau simulasi yang bertujuan untuk mengukur dan membuat penandaan di dinding dada yang terlibat untuk rawatan radioterapi kelak.

          Akhirnya pada 4/09/2012 aku menjalani rawatan kimoterapku yang ke 6 iaitu yang terakhir. Syukur yang tidak terhingga kepada Illahi kerana aku masih bernafas hingga aku berjaya menamatkan rawatan yang amatku geruni ini. Sekali lagi aku diberikan temujanji untuk melakukan CT SCAN TAP selepas kimoterapiku yang terakhir itu. Alhamdulillah setakat itu tiada tanda penularan sel kanser ke tiga bahagian organ pentingku.

          Rawatan seterusnya adalah radioterapi. Namun untuk menjalani rawatan ini aku terpaksa menunggu giliran lebih kurang 2 bulan lamanya selepas simulasi dilakukan. Menurut doktor aku akan diberikan radioterapi sebanyak 15 kali, 10 minit setiap sessi berterusan setiap hari berkerja. Aku diberi pilihan samaada hendak tinggal di wad atau rumah tumpangan MAKNA atau berulang-alik dari rumah sahaja setiap hari.

Memandangkan jarak rumahku yang jauh dari hospital, aku memilih untuk tinggal di wad….ini bermakna aku akan tinggal di wad selama 15 hari…..sabtu dan ahad aku dibenarkan pulang dan datang semula pada pagi isnin.

Kesempatan tinggal di Wad aku gunakan sebaiknya dengan mencari informasi berkenaan kanser payudara daripada pesakit-pesakit senasib denganku.

 Di sini juga aku dapat mendekati dan menyelami hati dan perasaan rakan-rakan baruku dari pelbagai jenis dan tahap kanser yang berbeza-beza. Aku juga dapat menyaksikan sendiri detik-detik genting pesakit yang kritikal bertarung nyawa melawan kanser mereka….

Ada yang meraung.merintih, resah gelisah sepanjang masa menahan kesakitan dan akhirnya sepi…mereka "pergi" membawa bersama derita yang ditanggung. Aku menjadi insaf dan di dalam hati memohon sekiranya ajalku sampai nanti biarlah bukan kerana kanser ini. Biarlah kanserku ini menumpang dalam diriku di sepanjang hayatku seperti angin lalu. Ya Allah mudahkanlah urusan hidup dan matiku.

          Berbalik kisah rawatan radioterapiku…..keseluruhannya rawatan ini tidak menyakitkan….aku diminta berbaring tanpa bergerak selama lebih kurang 10 minit, hanya mesin-mesin yang berkerja memancarkan radiasinya ke atas dinding dada kananku. Aku tahu sebanyak mana sel kanser yang dimatikan sebanyak itu juga sel yang normal turut sama termusnah. Namun aku redha demi untuk meneruskan kelangsungan hidup.

          Semasa dalam rawatan kimoterapi dan radioterapi aku tidak mengambil sebarang ubatan mahupun supplement antioksidan. Biarlah ubat kimo dan radiasi itu berkerja dahulu mematikan sel kanser tanpa di ganggu.

          Seterusnya aku dimulakan dengan terapi hormone. Aku perlu menelan ubat "tamoxifen" sebiji sehari untuk tempoh lima tahun. Ubat ini perlu diambil bertujuan untuk menghalang dan mengurangkan pengaruh hormone estrogen dan progesterone supaya sel-sel kanser tidak kembali aktif di badanku.
          Sebagai kakitangan awam aku mempunyai keistimewaan untuk memohon cuti sakit barah selama 2 tahun bergaji penuh. Untuk mendapatkan cuti ini anda perlulah berurusan dengan pejabat anda kerana ia memerlukan salinan rekod perubatan. Satu tahun telah aku habiskan dengan rawatan dan cutiku masih berbaki satu tahun lagi. Di kesempatan cuti ini aku menjadi surirumah sepenuh masa dan dapat melakukan semua yang tidak apat aku lakukan dahulu. Insya Allah jika kesihatanku mengizinkan dan umurku panjang aku akan kembali bertugas pada januari 2014 nanti .

Aku ingin menasihatkan agar anda menyimpan salinan setiap pemeriksaan yang dijalankan,surat-menyurat dari doktor, keputusan makmal dan seumpama dengannya dalam fail sendiri untuk rujukan di masa-masa akan datang.

Ramai orang beranggapan kanser payudara ini sama semuanya tapi pada hakikatnya ia beraneka jenis dan rupa. Pengidapnya juga berbeza dari segi genetik ,fizikal, mental dan emosi serta daya tahan badan seseorang itu.

 Proses penyembuhannya juga bergantung kepada jenis kanser, ciri-ciri patologi kanser, tahap dan gred keganasan, bilangan nodus limfa yang terlibat serta cepat atau lambatnya seseorang itu mendapatkan rawatan. Doktor juga ada memberitahuku bahawa 5 tahun pertama adalah penting kerana jika kanser tidak berulang dalam tempoh ini bermakna harapan untuk sembuh sepenuhnya adalah lebih cerah. Namun begitu terapi pelengkap perlu diteruskan dengan menjaga pemakanan, senaman, meningkatkan amalan kerohanian untuk menghindar stress dan mendapatkan ketenangan. Ini penting untuk memastikan kanser itu tidak bertandang kembali.
 
 
Beginilah kisah perjalanan hidupku selama setahun….menutup tirai tahun 2012 yang penuh kesengsaraan. Menjelang tahun baru 2013 aku berdoa setiap kali usai solat supaya sentiasa dianugerahkan kesihatan dan diberikan kekuatan supaya lebih tabah menghadapi kehidupan ini.

Nasihat akhirku, jika anda mendapati ada sesuatu yang tidak normal di payudara atau di mana-mana tubuh anda, segeralah menjalani pemeriksaan dan rawatan di hospital , jangan lengahkannya dengan rawatan-rawatan yang tidak logik akal kerana ia hanya membuang masa dan duit. Aku juga mengharapkan agar semua pembaca budiman sudi bersama-sama mendoakan kesejahteraanku kerana aku juga tidak mengatahui apa yang akan terjadi pada diriku pada hari esok..hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Mudah-mudahan sinar kebahagiaan muncul kembali…Amin.

  Sekian wassalam.


61 comments:

  1. Kak, u can do it. Teruskan rawatan, ikut cakap doktor.

    Beruntung akak kerana mempunyai suami yang menyokong dan memahami. Itu adalah penawar sebenarnya.

    Kak, jangan sedih-sedih. Mak saya tak pernah bersedih sehingga ke akhir hayatnya. Mak saya sangat kuat dan bersemangat.

    Kak, banyakkan berdoa. Kanser is just another episode in our life. Saya tau senang saya cakap, saya tak merasa. Tapi saya empati. Believe me, I'm with you.

    Harapan untuk sembuh tetap ada. Senyum ye kak :)

    ReplyDelete
  2. Oh ye, lagi satu, akak jangan terpengaruh sangat dengan kisah tentang mak saya. Kisah mak saya lain, kisah akak tentu lebih baik daripada mak saya.

    Be strong and you can do it! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih pida......alhamdulillah dan insyaAllah akak akan jadi manusia yang paling tabah..dan pastinya akak sudah janji tidak akan bersedih lagi.

      Delete
    2. boleh tahu x berapa lama amebk masa darah akan benti selepas oeprate.mak sy dah nk masuk 3 minggu tapi darah masih keluar lagi.risau la.mak sy plak xlalu mkn

      Delete
  3. salam, nak tanya sebagai kakitangan kerajaan rawatan regim TAC ditanggung kerajaan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Noridah, semua rawatan saya di hospital kerajaan adalah percuma .Kita hanya perlu membawa GL (Gurentee latter)setiap kali mendapatkan rawatan. Sepanjang rawatan saya dpd awal termasuk pembedahan hingga tamatnya radioterapi adalah percuma.Alhamdulillah.

      Delete
    2. sepanjang makan tamoxifen ada kesan sampingan tak?

      Delete
    3. Slps saja tamat radioterapi pada akhir december 2012 Doktor telah memulakan ubat hormon tamoxifen diambil sebiji sehari dan setakat hari ini alhamdulillah tiada kesan sampingan yang saya rasai. Saya pernah mengajukan soalan ini pada doktor ,beliau berkata jika kebaikan dan manfaat memakan ubat tersebut melebihi keburukan mengapa perlu diabaikan. Dan saya setuju dengan pendapatnya itu.

      Delete
  4. salam..semoga awak semakin sihat dalam menempuh dugaan nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumusalam, Lynza terimakasih kerana mendoakan saya.Alhamdulillah saya dapat menjalani kehidupan seperti sediakala setelah menjalani pengalaman hidup yang amat perit dan semestinya dengan kehidupan kini yang lebih berkualiti.

      Delete
  5. saya berumur 20 tahun, semalam ketika mandi..saya merasakan ada sesuatu seperti ketulan di payudara saya... i'm afraid.. i'm still young an hoping that i do not have this disease... saya tk tahu mcam mana nak jumpa doktor.. i'm lost.. dan saya juga takut untuk memberitahu parents saya..help me.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la juga saya.. kelmarin baru dapat rasa ketulan.. sbb berdenyut-denyut.. selama ni mmg sentiasa cek.. tp tak rasa pun.. n appointment dgn surgeon pd 17hb ni.. saya da cek dengan doctor biasa.. tp dia kata hanya kelenjar.. tp saya ttp tak puas hati.. lebih baik jumpa surgeon.. all the best to us..

      Delete
    2. Jangan bimbang....lakukan pemeriksaan segera..

      Delete
  6. Sha ina....first step periksa balik ketulan tu hari ke 10 selepas haid. Jika masih ada ketulan perlu pemeriksaan Doktor atau Jururawat di klinik kerajaan atau swasta....kalau malu sebelum buat pemeriksaan boleh request Doktor perempuan.....Jangan bertangguh..pemeriksaan awal dapat menyelamatkan nyawa..wassalam.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum sari..slmt hri raya..smoga sari brada dlm kdaan sht bsama suami n ank2..saya ni snasib dgn sari..dh slesai pbedahan RMAC 19/7 yg lalu..barah sy gred 1 n stage 3B..cuma rawatan sterusnya blum dbuat lg..11/8 bru jumpa doktor..boleh saya tahu apa yg sari mkn utk mberi tenaga pd bdn sari?ape jnis mknn yg prlu kita elakkn?stakat ni sy x de la pantang mkn ape2.hrp sari boleh bkongsi pgalaman dgn sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..maaf saya mengambil masa yg agak lama utk reply..saya doakan Ola Rina sihat dan tabah dengan ujianNYA. Saya kira ketika ini Ola sedang atau baru selesai menjalani rawatan..sabar dan redha InsyaAllah dipermudahkan segalanya. Tempoh pemulihan selepas tamat rawatan memakan masa yg amat panjang...sekiranya Ola masih dlm rawatan usahlah berpantang kerana semasa peroses rawatan kimoterapi dan radioterapi banyak sel badan kita yg rosak..ianya memerlukan zat dan nutrien dari pelbagai sumber makanan untuk membantu proses pemulihan dan pembinaan semula. Jika telah tamat rawatan barulah kita mulakan 100% pengubahan gaya hidup dan menghindari faktor penggalak/penyebab kanser..saya sangat suka merujuk kepada blog/fb tulisan Dr Hasanah Che Ismail yg saya kira sangat lengkap utk dijadikan panduan semasa dalam proses pemulihan..wassalam.

      Delete
  8. Assalam Sari....semoga Sari semakin sihat dan sentiasa di bawah lindungan-Nya. izinkan sy perkenalkan diri. Saya merupakan wartawan majalah NUR, Karangkraf. Sudikah sekiranya Sari berkongsi pengalaman Sari ini kepada pembaca majalah NUR? Jika setuju, Sari boleh berikan feedback ke emel sy nor.hafizah@karangkraf.com. Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. salam kak sari mayang.ibu saya menghidap kanser payudara tahap 3.sy xtahu nak buat apa untuk membantu ibu saya.selepas ini ibu saya akan menjalani kemoterapi.blh akak bantu sy.personal pm sy (0195551247).saya xtahu nk tanya siapa.or ada sesiapa blh bantu saya.please..

    ReplyDelete
  10. Kisah akk seakan mak saya, tapi sekarang mak saya baru jalani kimoterapi yang pertame..ta sanggup je hati bile tgk dia terbaring letihh je..bile kadang2 demam menyinggah tu sentap betul rase hati ni,bile macam2 cube utk pulihkan suhu badan dia..semoge dia cepat sembuh dan kuat semangat macam akk,n semoge akak sihat2 je bahagia bersame keluarga..Amin

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser..herba warisan ini terlalu berkesan...akar kayu warisan...merawat dan membaik pulih...jangan sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi...

    sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin

    NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete
  13. saya ingin tahu cara mendaftar sebagai ahli persatuan kanser

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Sari, ini kak nor. Baru-baru ni payudara kanan akak ada tumbuh macam jerawat dan bernanah. Akak nak tanya, adakah itu kemungkinan salah satu tanda kanser payudara? Akak ada juga cuba cari maklumat di internet seperti tanda2 awal kanser payudara tapi tak ada maklumat tentang ni (spt jerawat atau bengkak bernanah dipayudara). Sebelum tu terima kasih sbb berkongsi pengalaman ni dan semoga Allah sentiasa memberi semangat & kekuatan pada Sari & keluarga.

    ReplyDelete
  15. Salam. sy cuma nak share salah satu cara untuk merawat penyakit kanser. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi sy 0194657046...
    KHASIAT CORDYCEPS
    CORDYCEPS YANG DIKULTURKAN OLEH SYARIKAT AHB ADALAH JENIS PENGKULTURAN BERPATEN YANG BERMUTU TINGGI DIIKTIRAF DI PERINGKAT ANTARABANGSA DAN MEMPUNYAI 28 KALI GANDA KHASIATNYA DARIPADA CORDYCEPS YANG LIAR (SINENSIS). CORDYCEPS SANGAT MEMBANTU DALAM KESIHATAN KITA DAN ANTARA KEBAIKANNYA IALAH :
    1.Penyelidik mendapati bahawa cordyceps mampu merendahkan tekanan darah yang terlalu tinggi,
    2.Penyelidik mendapati bahawa cordyceps membantu mengurangkan secara berkesan astma, lelah, letih, kepenatan dan lain-lain penyakit berkaitan dengan system respirasi/pernafasan.
    3.Penyelidik juga mendapati bahawa cordyceps mampu memperbaharui kemampuan tenaga seks lelaki.
    4.Cordyceps juga membantu meningkatkan tahap tenaga. Malah, cordyceps mempunyai kemampuan untuk meningkatkan adreanaline yang mana dapat memulihkan tenaga yang lemah dengan cepat.
    5.Penyelidik mendapati cordyceps adalah herba anti-aging/anti penuaan yang luar biasa.
    6.Penyelidik mendapati cordyceps membantu meregulasikan/menyeimbangkan gula dalam darah. Herba ini amat membantu dalam melawan penyakit diabetes/kencing manis.
    7.Cordyceps membantu dalam memperbaiki ingatan dan mampu meningkatkan mood malah menajamkan minda.
    8.Cordyceps membantu menyerap lain-lain nutrin/zat/vitamin dengan lebih berkesan dan effectif.
    9.Cordyceps juga pembina darah (blood builder) dan mencuci darah (build purifier) yang hebat.
    10.Cordyceps membantu fungsi jantung, hati, pankreas dan buah pinggang.
    11.Cordyceps membantu menguatkan sistem imuniti (sistem daya tahan badan daripada penyakit)
    12.Cordyceps meningkatkan anti-oksidan dan anti-radang.
    13.Cordyceps membantu sebagai anti-tumor atau anti-kanser
    14.Cordyceps membantu membaiki fungsi sistem pencernaan.
    15.Cordyceps membantu mengurangkan risiko pembentkan batu hampedu.
    16.Cordyceps membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit Parkinson
    17.Cordyceps membantu mengurangkan masalah kolestrol yang tinggi.
    Kesimpulan Penggunaan herba ini dikesan sejak China kuno dimana ia digunakan oleh Maharaja China. Ia digunakan untuk menguatkan dan membina semula badan terutama selepas keletihan atau setelah sakit yang lama yang selalunya dikaitkan dengan buah pinggnang yang lemah. Hasil yang hebat telah dilaporkan terutama yang berkaitan dengan penyakit buah pinggang terutama buah pinggang yang gagal. Mengikut kajian, cordyceps telah meningkatkan 17- hydroxycorticos-teroid dan 17-ketosteroid level (yang bertindak sebagai super-cortisone tanpa toxic. Mengikut perubatan China, masalah yang berkaitan dengan buah pinggang dapat dilihat melalui simtom kepenatan yang keterlaluan/chronic fatigue, sakit sendi dan belakang, berdenggung di telinga, pelbagai jenis masalah seksual seperti mati pucuk/impotance. Cordyceps mampu menyelesaikan masalah ini. Cordyceps ibarat team player kerana kesan yang membantu banyak bahagian di badan kita. Kajian seluruh dunia menunjukkan ia kesannya adalah luas untuk organ dalaman dan membantu membersihkan darah.
    pm 0194657046...tq.

    ReplyDelete
  16. saya doakan puan tabah menerima ujian ini. Insyallah semoga puan bertambah baik dan sihat.sungguh sakit itu penghapus dosa kita

    ReplyDelete
  17. Terima kasih atas perkongsian.. saya doakan puan sembuh sepenuhnya. Kawan saya mengidap kanser payudara dh buang sebelah skrg berulang ke sebelah lg pula. Skrg dia harus melalui kitaran kimo tu sekali lg dn dia sgt2 feeling down.. apa yg saya harus lakukn utk motivate dia?

    ReplyDelete
  18. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 hinga 80 militer or 0.6 cm atau 0.8 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah.

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm140 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan termasuk juga daun rerama and herba herba terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah..
    ..
    .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete
  19. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 hinga 80 militer or 0.6 cm atau 0.8 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah.

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm140 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan termasuk juga daun rerama and herba herba terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah..
    ..
    .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete
  20. Assalam , masalah kanser ini sekiranya tidak dipandang berat ,pasti akan mendatangkan masalah dalam hidup kita.Masalah kanser bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan ya kawan kawan .Sebenarnya ada Cara Untuk Mengelakkan Diri Kita Daripada Menghidapi Kanser Yang Berbahaya.
    Anda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum..sy pn kne breast cancer stage 3.dlm mase yg same,sy mengandung 4bulan...doc pakar suruh sy wat kimoterapi secepat mungkin..tp sy runsing sama ada kandungan ini nak teruskan atau x.klu sy teruskan jugak,baby akan infect drpd rwtn kimoterapi.nak tanya puan,kimoterapi saket x?maksud sy cara rawatan kimo tu guna lazer ke or msuk ubt dlm darah?sy confius..

    ReplyDelete
  22. Teruskan rawatan, ikut cakap doktor.

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum
    Entry puan pd 2013 sy baca pada 2016. 3 thn yg lalu. Sy doakan puan sembuh sepenuhnya.Sbnrnya sy juga senasib dgn puan pd tarikh yg hmpir sama. Alhamdulillah sy sihat skrg, mudah2an. Setiap patah cerita yg puan tulis seolah2 spt sy menulis pnglaman sndiri. Cuma di akhir2 komen byk sy baca jualan2 ubat2an alternatif..biarlah mrk mncuba nasib tapi bg sy x mudah utk sy percaya keberkesanannya. Jika ingin mngambil tambahan alternatif biarlah betul2 tahu apa yg di ambil. Trjadi dlm keluarga sy sndiri bila alternatif yg diambil mngandungi kolagen yg akhirnya mnybbkan sel kanser mmbiak lebih ganas n akhirnya beliau pergi...
    Semoga tidak berulang dan moga kita kuat dan terus positif...ammin

    ReplyDelete
  24. MashaAllah.
    Terkedu lidah saat membaca pengalaman dan ujian hidup puan. Semoga Allah limpahkan kasih sayangNya dengan melimpah ruah, Allah sanga kasih dan sayang pada puan sehingga diuji begini.. dan puan memang cekal dan tabah.

    Terima kasih puan atas perkongsian, sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  25. allahu..arwah ibu sy mgidap breast kanser tahap 3 pd thun 2011,5thn arwah menjalani khdupan sbgai seorg psakit kanser n menerima rawatan di hukm.pada thn 2015 tggal 25jun,arwah menghembuskan nafas terakhir dgn tenang,bulan ramadan,khmis mlm jumaat,,apabila kanser arwah dh smpai ke peringkat otak..hadiahkan alfatihah buat ibuku,jaminan syurga buatmu..ketahuilah kesakitanmu itu adalah tanda allah menyayangimu..kenangan paling indah dlm hdup sy slama menjaga arwah dan xkan sy lupakan stiap detik saat arwah mgatakan ''terlalu sakit''

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum...rasa sedih dan berbangga dgn cerita pengalaman sari mayang ...apa apapun tahniah sebab berjaya laluinya dgn tabah....u are very strong women.cerita saya pulak..ibu mertua saya mengalami cancer payudara tahap 4...sekarang dah merebak ke hati dan perut....doktor ada mengatakan nak buat kimo..ttpi ibu saya x nak melakukannya..sebab x sanggup dgn kesannya....apa lg yg harus saya lakukan...kami dah buntu....sekarang hanya bergantung dgn ubat2 homeopathy yg merawat...ibu mertua saya sekarang hanya terbaring dan diuruskan oleh ahli kluarga yg ada bergilir2...mmng perit dan sedih melihat keadaannya...yg kurus...lemah...stress...dan putus asa....ada sesiapa yg boleh beri cadangan...atau pendapat .terutama puan sari mayang.

    ReplyDelete
  28. Puan Sari Mayang.. sy penghidap kanser payu dara. Sy sudah membuat pembedahan pembuangan sepenuhnya payu dara kiri. Berkongsi pengalaman dgn yg melaluinya sendiri sangat memotavasikan diri sy.

    ReplyDelete
  29. Puan Sari Mayang.. sy penghidap kanser payu dara. Sy sudah membuat pembedahan pembuangan sepenuhnya payu dara kiri. Berkongsi pengalaman dgn yg melaluinya sendiri sangat memotavasikan diri sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. emak sy pun baru menjalani operation.yg membimbangkan sy dan keluarga sudah 3mingu operation darah sampai ari ni masih mengalir keluar. puan jitan boleh sy tahu bila darah puan berhenti selepas operation. doc xbgtau apa2 pun.hanya datang periksa je,kami masih tertanya2 adakah ini normal atau x.risauny

      Delete
  30. Saya mengedarkan B17 dan Bromeilan khas secara percuma kepada pengidap kanser.

    Jika berminat boleh whatsapp saya 0197412796 atau facebook saya Mohd Monir Ahmad

    ReplyDelete
  31. Tqvm Pn Mayang Sari for sharing your experience. I am recently diagnosed with breast cancer as weĺl. You have given me a lot of information and made me aware of the situation that I will go through after the operation. You help me to be mentally prepared for the worse time in my life. May your good deed be an 'amal jariah', InsyaAllah. Let us all pray for our good health.

    ReplyDelete
  32. Tqvm Pn Mayang Sari for sharing your experience. I am recently diagnosed with breast cancer as weĺl. You have given me a lot of information and made me aware of the situation that I will go through after the operation. You help me to be mentally prepared for the worse time in my life. May your good deed be an 'amal jariah', InsyaAllah. Let us all pray for our good health.

    ReplyDelete
  33. Salam semalam bonda saya operate d hospital tunku jaafar breast cancer..kisah sama mcm mayang sari..sy yg bawa dia berjumpa doc dr mula..sampai sekarang telah selamat menjalani pemedahan 21.2.2017.sekarang berada di wad.cuma sy nak tahu..ada tak doc ckp selepas buang semua x payah kimo

    ReplyDelete
  34. Salam sis..kesedihan sari sgt sy rasai ..sy juga senasib..sedih pilu bertukar gnti.kesabaran yg Allah berikan sgt2 bererti.lepas raya nnti kimo ke2....sy ingin berbual dgn sari atau sesiapa shj yg senasib...klau sudi..berilah no fon kpd sy yaa..0i94566963..tanks

    ReplyDelete
  35. Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser sebanyak 0.6 cm dan 0.8 cm sebulan mgikut dose yang di gunakan..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan tunggu sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi…
    sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin
    Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh
    NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete
  36. Sy tengah tunggu keputusan biopsy. Risau. Sy ada ketulan di breast kiri. Baru sedaq 6 bulan lepas.

    ReplyDelete
  37. Kenapa tidak ada respon dari mayang sari

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum..sis memang kuat dan tabah. Betul apa yang sis katakan kita kena jaga perasaan orang lain.

    Moga kesihatan sis bertambah baik hendaknya.

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum ... puan mayangsari ape khabar?

    ReplyDelete
  40. I am crying reading this.. MashaAllah, kuatnya semangat. Semoga Allah selalu kirimkan kekuatan dan ketabahan buat hamba terpilih yang Dia sayang ..

    ReplyDelete
  41. assalamualaikum. puan mayang sari ape khabar?sekarang puan ade mengikuti follow up hospital lagi ke

    ReplyDelete
  42. Saya nangis baca . Saya da buat operation pada tahun 2011 byang ketulan dI hospital peneng. Tapi sehingga kini. Sudah pun 7 tahun ketulan itu bersama saya sepanjang hayat saya. Iaitu 7 tahun.saya rasa diri saya tidak ubah seperti bahan kajian hospital sahaja. Kini ketulan itu hidup dan masih ada lagi. Apa yang perlu saya lakukan? Saya redha sahaja. Saya rasa tak kuat ke hospital lagi. Rasa seperti di tipu. Saya tidak mendapat penerangan yang penuh daripada pihak doctor peneng. Saya pun tak faham apa yang saya alamI. Saya buat ketulan pada dada saya. Tapi selepas itu. Tumbuh semula. Kini sudah pun 7tahun ketulan itu bersama bersama saya. Rambut saya selera makan minum saya sudah berkurang. Berat badan saya mula susu. Terima kasih

    ReplyDelete
  43. Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser mgikut dose yang di gunakan..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan tunggu sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat.. hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi…
    Hubungi saya sgera..nanti sy akn bmbing puan n puan bgaimna hrus d lakukan n tndakn yg tpt plu d buat msa dpt knser n bgai mna hndak rwat kn...boleh sertai grup psakit2 knser sy n mlhat testmni yg amat bnyk...kita bley bbncng bgai mna nk mrawat...sy n psakit2 yg dh smbuh or yg msih d rwat n mkin sht akn bmbing n tnjuk ajar tuan n puan n bg smgt motivasi...jgn kita kseorangan...bla ksorangan...sllu kita akn lmah n down...sertai sy n hbungi sy scpt mkin utk lhat testmni2 mnarik

    sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin
    Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh
    NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete
  44. Jom kita sma2 ubt kn...jom msuk dlm grup psakit2 sy tmpt pjuang2 knser bkumpul

    ReplyDelete
  45. Puan mayang sari apa khabar?

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum akk , ketika sy membaca blog akk menitis air mata saya ... sy pesakit kanser payudara tahap 1 dan sy berumur 23tahun ... setelah sy baca ape yg ditulis oleh akk sy faham sesuatu yg bermakna . Insha allah , sy tau saya mampu lawan ,klu akk mampu sy juga pasti dn begitu juga orgln ...

    ReplyDelete
  47. Akak mayang sari.. Nk no. Telefon boleh tak?

    ReplyDelete
  48. Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

    ReplyDelete
  49. salam sis...saya pon ada ketulan sebesar 5x6cm di payudara kiri. Memang x rasa sakit pon...ianya mobile x de kesan benjolan/merah. saya sendiri pon x sedar bila masa muncul sedangkan slalu juga check tiap kali mandi. Next week ada temujanji trucut nak ambil sample. Hopefully not kanser

    ReplyDelete
  50. Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.

    .................................................................

    ▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.

    ..................................................................

    ▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
    Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.

    ...............................................................

    Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..😉

    Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    ReplyDelete